Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Maahad Tahfiz Miftahul Jannah (MTMJ) merupakan sebuah badan sukarela yang ditubuhkan khusus untuk menjadi rakan strategik kepada pihak pengurusan Maahad dalam mendidik, membimbing,
serta membangunkan potensi anak-anak tahfiz. KSIB menghimpunkan ibu bapa, penjaga, serta komuniti setempat yang prihatin terhadap kecemerlangan pelajar MTMJ dari segi akademik, hafazan, akhlak dan sahsiah diri.
Visi
Menjadi jambatan kerjasama erat antara ibu bapa, guru dan masyarakat dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Misi
Membina jaringan sokongan kukuh antara ibu bapa dan pihak pengurusan Maahad.
Menyokong pembangunan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Menggerakkan program kebajikan, dana dan infaq bagi memastikan kelangsungan operasi Maahad.
Menjadi platform komunikasi mesra dan terbuka antara ibu bapa serta pihak Maahad.
Peranan KSIB
Mengurus serta menggerakkan aktiviti kutipan dana, infaq Jumaat dan program kebajikan.
Membantu melaksanakan program pembangunan pelajar seperti kem motivasi, rehlah, sukan dan sambutan hari besar Islam.
Menjadi suara penyambung antara ibu bapa dan pihak pengurusan MTMJ dalam menyalurkan cadangan, sokongan dan kerjasama.
Menyokong visi besar Maahad dalam melahirkan generasi Qurani yang seimbang.
Tentang Kami – KSIB MTMJ